READ@UNI ANAK KAMPUNG MELAKAR SEJARAH | Student Affairs Division
» NEWS » READ@UNI ANAK KAMPUNG MELAKAR SEJARAH

READ@UNI ANAK KAMPUNG MELAKAR SEJARAH

 
 
 
3 April 2023 - Bagi terus menyahut seruan universiti untuk mencapai perkhidmatan cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar meneruskan Program Read@Uni: Bedah Buku bersama Encik Muhammad Azhar Mahdzir bertajuk Anak Kampung Melakar Sejarah terbitan UKM Press pada tahun 2022.
 
Buku berkenaan menceritakan kehidupan Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran yang juga merupakan pensyarah UPM dan pernah juga menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor UPM. Beliau juga pernah menjadi Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2020 dan kini memegang jawatan sebagai CEO MQA dan Pengerusi Majlis The Association Southeast Asian Institution of Higher Learning (ASAIHL) Malaysia.
 
Encik Azhar juga berkongsi bahawa salah satu rahsia kejayaan Prof. Datuk Shatar adalah melalui doa ibunya.
 
Semoga program ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang untuk memperkasa budaya membaca dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan kakitangan BHEP.
 
 
 
 

Date of Input: 07/04/2023 | Updated: 07/04/2023 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEdAAW~