PUTRA SOUQ 2023 | Student Affairs Division
» NEWS » PUTRA SOUQ 2023

PUTRA SOUQ 2023

 
SERDANG, 7 Okt- Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berpesan kepada semua pelajar baharu sesi akademik 2023/2024 untuk sentiasa aktif dalam aktiviti dan program universiti bagi mendapatkan pengalaman dan ilmu yang akan dibawa ke dunia pekerjaan.
 
"Sebagai pelajar, pelajaran itu bukan hanya di dalam kuliah tetapi di luar kuliah juga perlu direbut untuk dipelajari untuk membina sahsiah dan peribadi diri.
"Peluang yang diberikan sangat banyak, rebutlah peluang ini untuk mengambil pengalaman untuk menjadi pelajar yang berkualiti di mata majikan bukan hanya dari CGPA tetapi kemahiran sosial yang dipelajari," katanya pada program Putra Souq 2023.
 
Program Putra Souq 2023 anjuran Majis Perwakilan Pelajar UPM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM bertujuan mendedahkan pelajar baharu kepada persatuan-persatuan yang terdapat di UPM.
 
Turut hadir pada program ini , Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Prof. Dr. Azlinda Azman dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Arifin Abdu.

Date of Input: 24/10/2023 | Updated: 24/10/2023 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcSAL~