UPM Serdang, 1 September 2024- Seramai 21 orang pelajar telah pun selamat berlepas ke Fukuoka, Jepun bagi menjalani program mobiliti di Kyushu Institute of Technology (Kyutech), Jepun bermula 01 hingga 15 September 2024.
Tidak ketinggalan, tiga (3) orang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) turut sama menyertai program selama dua minggu berkenaan. Pang Khong You, 20, yang juga merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa OKU menyatakan rasa gembira dan teruja kerana akhirnya program mobiliti yang melibatkan persatuannya dapat dilaksana buat julung kalinya.
Sejak tahun 2012, UPM telah menjalin pertukaran pelajar dengan Kyutech yang melibatkan lebih dari 1850 pelajar dari kedua-dua belah pihak. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk meluaskan pengetahuan, meningkatkan kemahiran global serta menggalakkan pemahaman budaya antara Malaysia dan Jepun.
Melalui program ini, diharapkan para pelajar akan memperoleh pengalaman berharga dan memperkukuh jaringan antarabangsa yang dapat memberi pelbagai manfaat untuk kedua-dua pihak.
Date of Input: 23/10/2024 |
Updated: 23/10/2024 | azhar.mahdzir
MEDIA SHARING