Tanah Merah, 20 September 2024 – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, telah melaksanakan satu ziarah takziah ke rumah waris Allahyarhamah Atikah Muslihah binti Roslan, seorang pelajar UPM yang telah kembali ke rahmatullah pada 15 Ogos 2024.
Ziarah ini bertujuan menyampaikan rasa simpati dan sokongan moral kepada keluarga Allahyarhamah di Tanah Merah, Kelantan. Sebagai tanda keprihatinan, sumbangan daripada Tabung Kebajikan Pelajar sebanyak RM400 telah disampaikan secara tunai kepada keluarga Allahyarhamah. Selain itu, dimaklumkan bahawa sumbangan sebanyak RM10,000 dari Tabung Perlindungan Pelajar telah pun dikreditkan ke akaun ibu Allahyarhamah pada 17 September 2024.
Pihak universiti merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.
Date of Input: 05/11/2024 |
Updated: 05/11/2024 | azhar.mahdzir
MEDIA SHARING