Kem Perdana Putra Madani 2023 | Student Affairs Division
» NEWS » Kem Perdana Putra Madani 2023

Kem Perdana Putra Madani 2023

 
 
1 - 4 September 2023, Kem Perdana Putra Madani 2023 di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka.
Kem ini berjaya mengumpulkan barisan kepimpinan universiti yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Kolej, Persatuan Mahasiswa Fakulti, Kelab dan Persatuan yang bernaung di bawah aspirasi Universiti Putra Malaysia.
 
Pelan Strategik Universiti Putra Malaysia 2021 – 2025 merupakan sebuah dokumen perancangan yang dibangunkan dalam jangka masa lima tahun bertujuan bagi meneruskan legasi kecemerlangan universiti. Lima matlamat utama yang digariskan iaitu Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang, Mewujudkan Hab Penyelidikan dan Inovasi yang Menjanakan Nilai Berteraskan Ekosistem Lestari, Melestarikan Perkhidmatan Jaringan Industri dan Masyarakat, Memperkasakan Pertanian dan Ketahanan Sekuriti Makanan serta Memperteguh Tadbir Urus Institusi, Kemampanan Kewangan dan Amalan Kelestarian Hijau.
 
Jika dilihat dari sudut hierarki, UPM telah meletakkan kemenjadian graduan sebagai matlamat yang pertama dan utama. Kem ini merupakan platform asas untuk kepimpinan mahasiswa mengasah bakat kepimpinan ke arah kemenjadian yang holistik dan secara tidak langsung dapat melahirkan watak graduan berdaya tahan mendepani cabaran mendatang.

Date of Input: 19/09/2023 | Updated: 19/09/2023 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbXAj~