JPMPP UPM SERDANG BEGULAI SEJALAI@BINTULU 2023 | Student Affairs Division
» NEWS » JPMPP UPM SERDANG BEGULAI SEJALAI@BINTULU 2023

JPMPP UPM SERDANG BEGULAI SEJALAI@BINTULU 2023

 
BINTULU, 20 - 22 FEBRUARI 2023 - Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP UPM) 2023 dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP UPM) telah menganjurkan Program JPMPP UPM Serdang Begulai Sejalai@Bintulu di UPM Kampus Bintulu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat awal berkenaan proses PMPP yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
 
Satu mesyuarat bersama Dr. Kamil Latif, Ketua Hal Ehwal Pelajar (HEPA) Kampus Bintulu dan dihadiri oleh beberapa orang pegawai dari Kampus Bintulu serta Jawatankuasa Induk PMPP telah diadakan bagi membincangkan perjalanan PMPP berlaku dengan lancar.
Sesi Town Hall juga diadakan di Dewan Sri Kenyalang bersama pelajar Kampus Bintulu bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam serta mendapatkan pandangan mengenai penambahbaikan sepanjang proses PMPP.
 
Ribuan terima kasih diucapkan kepada warga Kampus Bintulu kerana memberi sambutan yang hangat serta maklum balas yang baik untuk diguna pakai bagi melancarkan lagi proses perjalanan PMPP 2023 yang akan datang.
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 28/02/2023 | Updated: 28/02/2023 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbXAg~