JIWA PUTRA: OKU TIDAK DILUPAKAN | Student Affairs Division
» NEWS » JIWA PUTRA: OKU TIDAK DILUPAKAN

JIWA PUTRA: OKU TIDAK DILUPAKAN

UPM Serdang, 27 Sept - Program Jiwa Putra yang pertama kali diadakan pada 4 hingga 6 September lepas diteruskan lagi Program Jiwa Putra 2.0 pada 23 hingga 27 September semalam. Program yang dicetuskan oleh YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) merupakan satu program yang bermatlamatkan menanam rasa cinta dan tanggungjawab pelajar terhadap universiti.
 
Pada program ini, pelajar dibahagikan kepada tujuh (7) kumpulan dan salah satu kumpulan adalah Kumpulan Zon Ketercapaian Fasiliti OKU. Mereka diminta membuat penilaian dan strategi penambahbaikan pada Program Jiwa Putra 1.0 seterusnya membuat tindakan penambahbaikan semasa Program Jiwa Putra 2.0.
 
Tidak dilupakan, Persatuan Mahasiswa OKU turut terlibat dalam program ini bersama 400 orang pelajar yang lain yang terdiri dari Majlis Perwakilan Kolej, kelab dan persatuan.
Semoga program yang julung kali diadakan ini dapat membangun nilai tanggungjawab dan sayangkan universiti dalam kalangan pelajar sebagaimana motto UPM.
 
 

Date of Input: 05/11/2024 | Updated: 05/11/2024 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
F, (07:12:40pm-07:17:40pm, 14 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]