SERDANG, 30 Nov - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah telah menghadiri Majlis Penutup Festival Idea Putrajaya 2024 yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.
UPM memberikan komitmen penuh bersama Kementerian Pendidikan Tinggi pada penganjuran kali ini, turut menganjurkan beberapa perkongsian ilmiah dalam Forum Selari 2: Future Higher Education Roadmap diterajui oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof. Dr. Ismi Arif Ismail.
Manakala Forum Selari 7: Keterjaminan Makanan diterajui oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Dr. Zamberi Sekawi.
UPM turut menyertai pameran inovasi dan produk penyelidikan, pelancaran buku, pelancaran produk, promosi pertandingan IDEAVAULT serta meterai jalinan kerjasama bersama industri melibatkan pelbagai pusat tanggungjawab UPM.
Lebih 500 pelajar tempatan dan antarabangsa turut dilibatkan dalam FOI kali ini dalam MAGNET-Meet and Greet pelajar antarabangsa, karnival kerjaya dan berbagai aktiviti lain yang dijalankan sepanjang penganjuran FOI.
Turut hadir dalam majlis penutup itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Dr. Arifin Abdu bersama delegasi UPM.
Date of Input: 08/12/2024 |
Updated: 08/12/2024 | azhar.mahdzir
MEDIA SHARING