[ANUGERAH PUTRA IKON 2023] | Student Affairs Division
» NEWS » [ANUGERAH PUTRA IKON 2023]

[ANUGERAH PUTRA IKON 2023]

 
[ANUGERAH PUTRA IKON 2023]
 
17 Julai 2023 – YBhg. Dato’ Dr. Muhammad Iqbal Mohamad, Pengerusi Eksekutif Kumpulan, QEW Group Berhad telah menyempurnakan Majlis Anugerah Putra Ikon tahun 2023 Universiti Putra Malaysia.
Majlis Anugerah Putra Ikon ini diadakan bagi memberi penghargaan dan sebagai tanda terima kasih kepada semua pelajar yang telah banyak memberi sumbangan dalam pembangunan aktiviti, penyertaan pertandingan dan berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang selari dengan matlamat upm untuk melahirkan graduan bitara yang holistik, ihsan, patriotisme dan berdaya tahan.
 
Sebanyak 179 permohonan telah diterima, hanya 53 pemohon sahaja yang telah disenarai pendek untuk merebut 18 anugerah mengikut kluster dan 1 anugerah utama iaitu Anugerah Putra Ikon pada malam ini.
 
Turut hadir YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM, YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPM dan YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPM.
 
Tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Putra Ikon 2023. Semoga penganugerahan ini menjadi satu pemangkin dan semangat baharu buat semua warga UPM dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan terbilang.

Date of Input: 25/07/2023 | Updated: 25/07/2023 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcBAI~