SOALAN LAZIM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Seksyen Kesejahteraan Mahasiswa
1
Soalan : Apakah itu Kad MySiswa?

  • Kad MySiswa adalah merupakan satu inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama Universiti Awam (UA) bagi meyeragamkan kad kampus pelajar (smart card) dalam usaha mewujudkan ekosistem “cashless campus” dan pengurusan kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti dan KPT.
  • Semua pelajar Universiti Awam WAJIBmembuka akaun simpanan I-Pro RHB dan memiliki Kad MySiswa.
  • 2
    Soalan : Bagaimana cara untuk pelajar mendapatkan Kad MySiswa?

    Jawapan :

  • Pelajar dikehendaki membuka dan mengaktifkan terlebih dahulu akaun simpanan i-pro RHB. Langkah-langkah pembukaan akaun simpanani-pro RHB adalah seperti link berikut: Langkah Pembukaan Akaun Bank. Setelah pembukaan akaun berjaya dibuka, Kad MySiswa akan dicetak dan diagihkan oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM.
  • Bagi pelajar baharu, pihak BHEP akan mengadakan program pengagihan dan pengaktifan kad MySiswa secara berpusat pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan. Pelajar hendaklah peka dengan hebahan yang akan dikeluarkan oleh pihak BHEP melalui e-mel pelajar atau media sosial BHEP. Pelajar perlu membawa kad pengenalan atau pasport bagi tujuan pengesahan diri semasa urusan permohonan Kad MySiswa.
  • Bagi pelajar sedia ada, pelajar boleh menghantar permohonan Kad MySiswa ke alamat e-mel kebajikan@upm.edu.myatau boleh memohon terus di kaunter BHEP.
  •   [HYPERLINK LANGKAH PEMBUKAAN AKAUN BANK] https://drive.google.com/file/d/1Bzajn4MFvOBT6USSJVf8NPGNUAKwdXq2/view?usp=sharing 

    3
    Soalan : Bagaimana jika pelajar mempunyai persoalan atau masalah berkaitan Kad MySiswa?

    Jawapan :

  • Segala urusan berkaitan perbankan dan Akaun Simpanan I-Pro RHB, pelajar boleh berurusan terus dengan pihak RHB bank melalui mana-mana saluran seperti berikut:  
  • Pusat Hubungan Pelanggan e-mel: service@rhbgroup.comatau boleh hubungi terus nombor telefon: 03-92068118; atau
  • Hadir ke mana-mana cawangan RHB/RHB Islamic. Senarai semua cawangan RHB / RHB Islamic boleh didapati di https://www.rhbgroup.com/locate/index.html
  • Sebarang pertanyaan berkaitan Kad MySiswa di Universiti Putra Malaysia, pelajar boleh menghantar e-mel ke kebajikan@upm.edu.myatau menghubungi terus Pegawai Seksyen Kesejahteraan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar di talian 0397696074/1326/8055 (setiap hari bekerja dalam waktu pejabat sahaja). 
  • 4
    Soalan : Bagaimanakah cara untuk mendapatkan surat pengesahan penajaan?
    5
    Soalan : Apakah Tabung Kebajikan Pelajar dan Tabung Perlindungan Pelajar?

    Tabung Kebajikan Pelajar Tabung Kebajikan Pelajar diwujudkan bagi meringankan beban pelajar UPM yang mempunyai masalah berkaitan kebajikan dan kecemasan. Antara jenis bantuan yang disediakan adalah:

  • Kecemasan
  • Yuran Pengajian
  • Sara Diri
  • Kemalangan/ Sakit
  • Sumbangan Kematian Pelajar/ Ibu/ Bapa
  • Belanja Runcit/ Tol (Pengurusan Jenazah Pelajar)
  • Urusan Penghantaran Jenazah Pelajar
  • Lain-lain musibah
  •   Tabung Perlindungan Pelajar Semua pelajar prasiswazah dan siswazah UPM dilindungi melalui Tabung Perlindungan Pelajar. Antara jenis tuntutan yang boleh dituntut adalah:
  • Tuntutan Kemalangan;
  • Tuntutan Perbelanjaan Perubatan;
  • Tuntutan Penyakit Kronik;
  • Keilatan;
  • Khairat Kematian Pelajar; dan
  • Elaun Wad Hospital
  •   Syarat kelayakan bagi permohonan Tabung Kebajikan Pelajar dan Tabung Perlindungan Pelajar adalah seperti berikut:
  • Pelajar berstatus aktif dan telah mendaftarkan diri di Universiti Putra Malaysia; dan
  • Merupakan pencarum bagi Tabung Kebajikan Pelajar dan Tabung Perlindungan Pelajar.

  • Seksyen Pembangunan Sahsiah & Integriti
    6
    Adakah menjadi satu kesalahan tatatertib sekiranya pelajar membawa masuk sebarang nota ke dalam dewan peperiksaan?

    Ya, sekiranya pelajar membawa apa-apa buku, kertas, dokumen, gambar, peranti elektronik atau benda lain tanpa kebenaran pemeriksa ke dalam dewan peperiksaan merupakan kesalahan tatatertib sepertimana yang diperuntukan di bawah Kaedah 8, Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Putra Malaysia) (Tatatertib Pelajar) 2024.

    7
    Apakah hak pelajar apabila pelajar dikenakan tindakan tatatertib?

  • Seksyen 16B (3C) AUKU 1971 - Pelajar dibenarkan untuk membuat representasi bertulis atau lisan dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya;
  • Seksyen 16B (3B) AUKU 1971 - Pelajar mempunyai hak untuk diwakili oleh seseorang pekerja atau pelajar lain universiti  itu dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya.
  •  

    8
    Apakah hukuman yang akan dihadapi oleh seorang pelajar sekiranya pelajar tersebut didapati bersalah semasa perbicaraan prosiding tatatertib?

    Merujuk kepada Kaedah 58(1) dan (2) Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Putra Malaysia) (Tatatertib Pelajar) 2024:   Seseorang pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib dan didapati bersalah boleh dikenakan mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai seperti berikut:

  • amaran;
  • khidmat masyarakat yang tidak melebihi dua puluh empat jam mengikut peraturan-peraturan yang dibuat oleh Lembaga;
  • denda tidak melebihi lima ratus ringgit;
  • dilarang daripada berada di dalam mana-mana bahagian Kampus bagi suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa tatatertib;
  • dibuang atau dilarang untuk tinggal di asrama;
  • bagi kesalahan tatatertib yang berhubungan dengan perkara akademik, digantung daripada menduduki mana-mana peperiksaan sebagaimana yang ditentukan oleh Universiti;
  • digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa tatatertib; atau
  • dibuang daripada Universiti.
  • Berkenaan dengan kesalahan tatatertib di bawah kaedah 8, Jawatankuasa Tatatertib Pelajar boleh, dengan kelulusan Senat, sebagai tambahan kepada hukuman di bawah subkaedah (1), mengenakan hukuman gred gagal bagi mana-mana kursus pengajian tertentu atau semua kursus pengajian semasa semester yang dinyatakan itu.

    Kemaskini:: 07/04/2025 [fatinfashilin]

    Bahagian Hal Ehwal Pelajar
    Universiti Putra Malaysia
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan
    +603-9769 6075
    +603-9769 2091
    F, (06:02:33pm-06:07:33pm, 08 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]