Serdang, 6 Disember 2020 - Seksyen Pengurusan Pelajar Luar Kampus, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM yang diketuai oleh En.Nuruliman Ibrahim telah menziarah dan memberikan sumbangan kepada pelajar luar kampus di sekitar Serdang.
Sumbangan yang disampaikan adalah barangan berbentuk bekalan harian sumbangan dari WAZAN UPM.
Sebanyak 10 buah rumah pelajar antarabangsa dan tempatan di 10 lokasi berbeza telah menerima sumbangan tersebut.
![]() |
![]() |
Pelajar berasa sungguh terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh UPM dan diharapkan sumbangan dan ziarah sedemikian akan diteruskan pada masa akan datang.
Penyumbang yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Seksyen Pengurusan Pelajar Luar Kampus, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM di talian 03- 9769 1325 / 6075.
Tarikh Input: 09/12/2020 | Kemaskini: 09/12/2020 | msahrizan
Universiti Putra Malaysia
Aras Bawah,
Bangunan Canselori Putra
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan