UPM Johan Keseluruhan Wushu Peringkat Antarabangsa | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » UPM Johan Keseluruhan Wushu Peringkat Antarabangsa

UPM Johan Keseluruhan Wushu Peringkat Antarabangsa

 
11 Disember 2022, Johor Bahru ~ Persatuan Seni Budaya Zhong Hua melalui Kelab Wushu telah berjaya dinobatkan Johan Keseluruhan Pertandingan M.A.D International Wushu (Taolu) Championship. Pertandingan peringkat antarabangsa itu telah menyaksikan 2 buah negara iaitu Malaysia dan Singapura berentap bagi merebut piala kejuaraan.
 
 
Seramai 340 orang peserta telah mengambil bahagian mewakili institusi pendidikan tinggi masing-masing. Zhong Hua UPM telah memenangi 16 pingat emas dan 2 perak dalam pelbagai kategori individu dan berkumpulan sekaligus memenangi Johan Keseluruhan dan membawa pulang piala serta wang tunai RM1000.
 
Mereka berasa amat berpuas hati kerana dapat memenangi johan keseluruhan, setelah berminggu-minggu menjalani latihan di Astaka Seni selain terpaksa membahagikan masa menghadapi peperiksaan pertama, akhirnya penat lelah ini berbaloi. Ujar mereka.
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 14/12/2022 | Kemaskini: 14/12/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbBAf~