TAKLIMAT DAN LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM TEMPAHAN KENDERAAN “Putra Liner” | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » TAKLIMAT DAN LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM TEMPAHAN KENDERAAN “Putra Liner”

TAKLIMAT DAN LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM TEMPAHAN KENDERAAN “Putra Liner”

Serdang [21 Oktober 2021]-  Seksyen Pengurusan Kenderaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama oleh Pusat Pengurusan Maklumat dam Komunikasi (iDEC) telah membangunkan sistem tempahan kenderaan yang telah dinamakan  sebagai Putra Liner. Usaha pembangunan sistem ini adalah cetusan idea Encik Muhazam Mansor, Pendaftar Universiti Putra Malaysia bersama-sama dengan kumpulan lawatan ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 16 Mac 2020. UTM telah membangunkan Sistem UTM Fleet ini telah memasuki fasa 3 pelaksanaan yang turut merangkumi sistem penyelenggaraan dan peruntukan perbelanjaan tahunan.

Melihat kepada kejayaan sistem yang dilakukan oleh pihak UTM, pihak UPM telah berhasrat untuk membangunkan sistem tempahan kenderaan sebelum pemusatan pemandu dan kenderaan dapat dilakukan. Menurut Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar semasa sesi taklimat yang berlangsung pada 21 Oktober 2021 bertempat di iDEC Putra Infoport, “di peringkat UPM kita telah mencadangkan 3 langkah awal iaitu, pertama pembangunan sistem peminjaman kenderaan seperti yang telah dapat kita saksikan pada hari ini hasil usaha oleh Seksyen Pengurusan Kenderaan Bhep dan di bantu oleh Pusat Pengurusan maklumat dam Komunikasi (iDEC), sistem ini telah berjaya dibangunkan dan pada pagi ini kita akan bersama-sama mendengar taklimat menjalankan latihan penggunaan sistem yang dikenali sebagai “Putra Liner”. Kedua, pemusatan semua kenderaan dan pemandu yang dikenal pasti dan ketiga, membuat pelupusan dan penambahan kenderaan. Kesemua kaedah ini akan kita lakukan secara berfasa.”

 

Pada sesi taklimat dan latihan penggunaan sistem Putra Liner kali ini telah dihadiri seramai 27 orang terdiri daripada Pegawai penyelaras kenderaan dan pemandu daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ) daripada Bangunan Canselori. Kumpulan yang terlibat adalah perintis kepada pembangunan dan penggunaan sistem ini sebelum disebar luas penggunaannya kepada PTJ diperingkat fakulti, institut dan pelajar secara keseluruhannya. Sesi penerangan dan taklimat sistem Putra Liner telah disampaikan oleh Puan Aidah Ngatiman, Pegawai Teknologi Maklumat, iDec UPM.

 

Diharapkan melalui bengkel dan latihan ini, kerjasama yang hebat antara PTJ yang terlibat akan dapat diteruskan bagi melancarkan proses pembangunan Sistem Putra Liner ini selari dengan penganjuran bengkel yang telah dijalankan.

Oleh: Dr. Abdul Hadi Samsi

Tarikh Input: 22/10/2021 | Kemaskini: 22/10/2021 | adidi

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbEA6~