SINGGAH SAHUR MENYANTUNI PELAJAR MERIAHKAN RAMADAN | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » SINGGAH SAHUR MENYANTUNI PELAJAR MERIAHKAN RAMADAN

SINGGAH SAHUR MENYANTUNI PELAJAR MERIAHKAN RAMADAN

1 Mei 2021 (Sabtu) - Sekitar program Singgah Sahur anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021. Program yang dilaksanakan ini diadakan bagi menyantuni para pelajar yang kini berada di kampus.
 
 
Terdahulu KPT telah mengumumkan 6 kategori pelajar dibenarkan pulang ke kampus bermula awal Mac lalu. Disamping mengikuti kelas secara hibrid, para pelajar yang berada di kampus kini turut menjalani ibadah puasa jauh di sisi keluarga. Justeru itu, pihak BHEP bersama MPP mengambil initiatif untuk turut memeriahkan suasana bulan Ramadan mereka menyinggah ke kolej kediaman sekaligus menyerahkan juadah untuk bersahur.
 
 
Program ini akan diadakan selama 4 hari bermula awal pagi tadi. Bermula di dua kolej semalam iaitu di Kolej Sepuluh dan Kolej Tujuh Belas. Sebanyak 200 pek juadah sahur telah diberikan di kedua-dua buah kolej tersebut.
 
 
Turut hadir Encik Nuruliman Ibrahim Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang sempat menyempurnakan sesi penyerahan juadah sahur kepada para pelajar diiringi Saudara Huzaifi selaku Yang DiPertua MPP. Ternyata setiap pelajar yang hadir gembira dan teruja dengan sumbangan baik yang diberikan oleh pihak pengurusan BHEP dan MPP yang sentiasa peka dalam menjaga kebajikan para pelajar di UPM.
 

Tarikh Input: 01/05/2021 | Kemaskini: 01/05/2021 | adidi

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbDAt~