READ@UNI BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » READ@UNI BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

READ@UNI BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

 
Serdang, 5 Ogos 2022: Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan program Sidang Kalam Tersurat yang berkonsepkan bedah buku sebagai salah satu pengisian dalam penyertaan Read@Uni BHEP yang telah disampaikan oleh Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM secara hibrid.
 
Pada siri ini, Encik Nuruliman telah berkongsi berkaitan buku 'Memoir Radin Umar Radin Sohadi' yang mengisahkan perjalanan kisah hidup Allahyarham Prof. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi bermula dengan zaman membesar beliau, bagaimana kehidupan di Maktab Tentera Diraja dan ketika lanjutkan pelajaran di luar negara. Buku ini juga mengisahkan cerita bagaimana beliau mula bekerja sebagai pensyarah di Universiti Pertanian Malaysia (nama pada waktu itu) sehinggalah memegang jawatan-jawatan penting di fakulti, UPM, MIROS dan Jabatan Pengajian Tinggi.
 
Membuktikan bahawa orang kampung penoreh getah juga boleh menjadi seorang profesor, Ketua Pengarah dan Naib Canselor. Menerusi buku ini turut dikongsikan cerita, pengalaman, pelbagai nasihat dan ilmu, tips berkenaan budaya kerja, cara hidup serta motivasi oleh beliau dinyatakan pada setiap bab dalam buku mengikut jawatan dan tanggungjawab yang beliau galas. Buku ini juga mengisahkan perjuangan beliau lalui melawan kanser.
 
Perkara utama yang sentiasa ditekankan di dalam buku ini adalah amanah dan pentingnya mencari keredaan Allah. Perkataan amanah berulang kali disebut bagi mengingatkan pembaca tentang peranan manusia yang dipertanggungjawabkan menjadi khalifah di muka bumi Allah.
Penulisan dan gaya bahasa buku ini sangat mudah difahami. Selain biografi, buku ini juga sesuai dibaca sebagai buku motivasi. Semoga buku ini akan terus menjadi sedekah jariah bagi beliau. Al-Fatihah YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi.
 
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 

Tarikh Input: 15/08/2022 | Kemaskini: 15/08/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEaSAI~