PROGRAM IMARAH RAMADAN (IMRAN) PTPTN BERSAMA PELAJAR UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » PROGRAM IMARAH RAMADAN (IMRAN) PTPTN BERSAMA PELAJAR UPM

PROGRAM IMARAH RAMADAN (IMRAN) PTPTN BERSAMA PELAJAR UPM

 
15 April 2022, Serdang — Sebanyak 1000 bubur lambuk telah diagihkan iaitu dengan anggaran sebanyak 100 sehingga 110 bekas bubur lambuk disediakan buat para pelajar dari setiap kolej kediaman UPM yang bertempat di Dewan Kolegiat, Kolej Tun Dr Ismail UPM.
 
Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN bersama Puan Afidah Azwa, Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN hadir bersama-sama bagi sesi penyerahan bubur lambuk kepada wakil setiap kolej kediaman. Program ini dilaksanakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan dan ikatan ukhuwah silaturahim antara kementeriannya, PTPTN, pengurusan IPT, pemimpin pelajar, pelajar dan masyarakat.
 
YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) berharap agar program seumpama ini bukan saja dapat memberi manfaat kepada pelajar di UPM tetapi juga dapat menjalinkan silaturahim dan menyemai kesedaran penabungan serta mendidik literasi kewangan yang baik kepada seluruh mahasiswa. Beliau turut berpesan kepada mahasiswa agar sentiasa menjadi rakyat Malaysia yang cakna dengan tanggungjawab selepas tamat pengajian.
 
@mohe.official
@uniputramalaysia

Tarikh Input: 21/04/2022 | Kemaskini: 21/04/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbEAG~