PENGHANTARAN PELAJAR UPM PULANG UNTUK MENGUNDI BAGI PILIHAN RAYA UMUM KE-15 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » PENGHANTARAN PELAJAR UPM PULANG UNTUK MENGUNDI BAGI PILIHAN RAYA UMUM KE-15

PENGHANTARAN PELAJAR UPM PULANG UNTUK MENGUNDI BAGI PILIHAN RAYA UMUM KE-15

 
17 November 2022, UPM Serdang - Pagi ini telah bermula penghantaran pelajar UPM pulang mengundi bagi PRU 15.
Naib Canselor, YH. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman turut bersama-sama memeriahkan sesi penghantaran pelajar pada pagi ini sekaligus merasmikan gimik pelepasan pelajar dengan Kibaran Jalur Gemilang dan Bendera UPM bersama-sama barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti yang hadir.
 
Sebelum itu, sesi penghantaran pelajar ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil Majlis Perwakilan Pelajar UPM bagi memohon berkat daripada yang Esa agar perjalanan balik ke kampung ini berjalan lancar dan memohon agar setiap pelajar selamat sampai ke rumah masing-masing. YH. Dato Naib Canselor juga turut beramah mesra bersama pelajar di dalam bas di samping memberi pesanan dan nasihat serta menyampaikan hasrat agar mereka semua menjalankan tanggungjawab turun mengundi pada 19 November 2022 nanti.
 
Sedikit fakta nombor, sebanyak 42 sesi penghantaran pelajar akan dilaksanakan melibatkan 22 buah bas dengan 1,355 orang pelajar yang akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 17 dan 18 November 2022.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 17/11/2022 | Kemaskini: 17/11/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbCAA~