PEMBANGUNAN APLIKASI PUTRA VOUCHER FOOD@CAMPUS DAN PROGRAM ZIARAH UPM-KPT@KELUARGAKITA | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » PEMBANGUNAN APLIKASI PUTRA VOUCHER FOOD@CAMPUS DAN PROGRAM ZIARAH UPM-KPT@KELUARGAKITA

PEMBANGUNAN APLIKASI PUTRA VOUCHER FOOD@CAMPUS DAN PROGRAM ZIARAH UPM-KPT@KELUARGAKITA

Kuching, 27 Oktober 2021 - Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. Nuruliman Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Khidmat Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mendapatkan perkongsian pengalaman dan cabaran pelaksanaan aplikasi "UNIMAS Now" dalam menjayakan agihan baucar makanan Food@Campus di sini.
 
 
Turut hadir memberikan taklimat berhubung pembangunan dan pelaksanaan penggunaan aplikasi “UNIMAS Now” adalah Cik Azeemah Bte Ahmad, Timbalan Pendaftar Kanan, Pusat Khidmat Pelajar UNIMAS.
 
 
Program Food@Campus merupakan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan para pelajar khususnya dalam kalangan B40 mendapat keperluan makanan yang sihat dan mencukupi menerusi agihan baucar makanan.
 
 
Pihak BHEP UPM telah berkolaborasi bersama Pusat Pembangunan Maklumat dan Komukasi (iDEC) UPM bagi menambahbaik kaedah agihan baucar makanan sedia ada kepada agihan secara elektronik dengan membangunkan aplikasi Putra Voucher selaras dengan salah satu 5 strategi utama UPM iatu “Melagang Kampus Pintar dan Pendigitalan”.
 
 
Dalam masa yang sama, En. Nuruliman Ibn Ibrahim juga telah berkesempatan meluangkan masa berkunjung ke rumah pelajar B40 di sekitar Kuching dalam misi "Ziarah UPM-KPT@Keluarga Kita" bagi menyampaikan bantuan tunai untuk meringankan kos pembelian pelan data masing-masing.
 
Nuruliman merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak UNIMAS atas kesudian menerima kunjungan rasmi pihak BHEP UPM dan sesi perkongsian yang amat bermanfaat.
 
Menurut beliau, BHEP juga akan bekerjasama dengan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) untuk menjayakan kaedah Putra Voucher tersebut dengan memperuntukkan sebahagian agihan bantuan zakat sara diri pelajar asnaf ke dalam bentuk Putra Voucher bagi memastikan para penerima bantuan zakat tersebut membelanjakannya bagi tujuan sebenar agar mencapai sasaran Sifar Pelajar Lapar.

Tarikh Input: 29/10/2021 | Kemaskini: 29/10/2021 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEaTAM~