Pelajar UPM Hadir Program Kemuncak Idea Bina Negara : Anak Muda Keluarga Malaysia | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Pelajar UPM hadir Program Kemuncak Idea Bina Negara : Anak Muda Keluarga Malaysia

Pelajar UPM hadir Program Kemuncak Idea Bina Negara : Anak Muda Keluarga Malaysia

[ 4 Oktober 2022 ]
 
Program Kemuncak Idea Bina Negara : Anak Muda Keluarga Malaysia telah selesai berlangsung di Dewan Agung Tuanku Cancelor Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Program hari ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan 40 orang pelajar turut hadir memeriahkan suasana Dialog bersama YAB Perdana Menteri.
 
Program ini melibatkan mahasiswa diseluruh negara dan ia merupakan satu sesi dua hala bagi mahasiswa mendapatkan jawapan secara terus daripada YAB Perdana Menteri. Sesi berjalan lancar dan banyak persoalan yang telah dijawab.
 
Program Idea Bina Negara: Anak Muda Keluarga Malaysia (IBN) merupakan satu inisiatif yang diilhamkan sendiri oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia bagi meningkatkan penglibatan anak muda dalam membangun negara.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 11/10/2022 | Kemaskini: 11/10/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbNA3~