Panduan Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Politik | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Panduan Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Politik

Panduan Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Politik

Putrajaya - Pejabat TNC (HEPA) UPM telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Prosedur dan Garis Panduan Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Politik yang telah berlangsung pada 26 hingga 27 Julai  2019 bertempat di Palm Garden Resort, Putrajaya.

Universiti Putra Malaysia merupakan Sekretariat  dalam penyediaan draf prosedur dan garis panduan kepada Universiti Awam di Malaysia. Penyediaan draf prosedur dan garis panduan ini adalah berasaskan pindaan kerajaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang memansuhkan seksyen 15 (2) (c) bagi membenarkan mahasiswa aktif berpolitik di kampus, sekali gus memberi lebih banyak ruang dan kebebasan dalam bersuara serta berpolitik.

Peserta bengkel ini terdiri daripada YBhg.TNC HEPA serta Ketua Pentadbiran, Pengetua-pengetua Kolej Kediaman, Pengarah Entiti HEPA, Pegawai Pejabat Penasihat Undang-Undang, Pegawai Entiti HEPA, juga penglibatan dari pihak Majlis Perwakilan Pelajar dan Presiden Majlis Perwakilan Kolej.

Draf ini akan di bentangkan pada Mesyuarat Timbalan-Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Awam seterusnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk di laksanakan oleh semua Universiti di Malaysia. Pengukuhan ini bakal memberi banyak ruang dan kebebasan terhadap pelajar dalam bersuara serta berpolitik bagi pembinaan generasi masa depan dan pemimpin lebih demokrasi pada masa akan datang.

AUKU yang diperkenalkan pada 1971, kali terakhir dipinda pada 2012 dengan membolehkan mahasiswa menyertai kegiatan anjuran parti politik di luar kampus.

Berita Oleh : Syasya kamilia binti mohammad (Pelajar Latihan Industri)

Tarikh Input: 22/07/2019 | Kemaskini: 22/07/2019 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
B1566778264