MINGGU PERKASA PUTRA SESI 2021/20222 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » MINGGU PERKASA PUTRA SESI 2021/20222

MINGGU PERKASA PUTRA SESI 2021/20222

Pada 15 Oktober 2021 merupakan hari terakhir program orientasi universiti iaitu Minggu Perkasa Putra Sesi 2021/2022. Bakal melabuhkan tirainya  pada 15 Oktober 2021 (Jumaat) slot terakhir iaitu Putra Souq pada jam 5.00 petang. Minggu Perkasa Putra Sesi 2021/2022 diadakan selama 5 hari iaitu pada 11 hingga 15 Oktober 2021.
 
Sepanjang program orientasi ini para pelajar baharu telah mendapat banyak maklumat dan informasi yang berkaitan merangkumi pelbagai sudut dan aspek antaranya kebajikan pelajar, akademik, aktiviti- aktiviti kampus seperti sukan, kokurikulum, kebudayaan, orator dan banyak lagi.
 
Selain deripada itu, para pelajar juga telah diberikan pendedahan khusus terhadap kepentingan kesihatan mental, taklimat Pusat Kesihatan Universiti, Bahagian Keselamatan, 4 Centre To You (4C2U) dan banyak lagi.
 
Semua pengisian yang telah dikongsikan kepada pelajar baharu ini amat penting bagi mempersiapkan diri mereka menjadi mahasiswa dan mahasiswi yang unggul sekaligus dapat melahirkan pelajar yang kalis masa hadapan.
 
Cabaran yang bakal ditempuh pada masa akan datang ternyata lebih sukar dan di “Menara Ilmu” inilah tempat persinggahan para pelajar bagi menuntut dan menimba seberapa banyak pengalaman untuk mencukupkan bekalan di masa akan datang disamping dapat berbakti kepada masyarakat.

Tarikh Input: 18/10/2021 | Kemaskini: 20/10/2021 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEaUAu~