MESYUARAT MAJLIS KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (MAKUM) KALI KE-103 BILANGAN 2 TAHUN 2022] | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » MESYUARAT MAJLIS KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (MAKUM) KALI KE-103 BILANGAN 2 TAHUN 2022]

MESYUARAT MAJLIS KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (MAKUM) KALI KE-103 BILANGAN 2 TAHUN 2022]

 
Kota Kinabalu, 30 Jun 2022: YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM merangkap Pengerusi MAKUM Sesi 2022/2023 telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) Kali Ke-103 Bilangan 2 Tahun 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif JHEP Universiti Malaysia Sabah (UMS).
 
Mesyuarat tersebut membincangkan antara lain Laporan Gerak Kerja Penganjuran FEStKUM Tahun 2022 mengikut zon, pembentangan kertas kerja MAKUM Universiti Awam serta pembentangan laporan kewangan MAKUM. Turut dibincangkan bagi mendapat persetujuan ahli mesyuarat adalah Perlembagaan serta garis panduan pelaksanaan program MAKUM. Mesyuarat turut dimaklumkan berkaitan pelaporan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi inisiatif program di bawah perpaduan dan patriotism selain perbincangan sambutan Bulan Kemerdekaan KPT dan inisiatif Potensi@KPT.
 
Turut hadir ke mesyuarat ini YBrs. Dr. Mohammad Puad bin Bebit, Pengarah Pusat Alumni UMS yang mewakili YBrs. Prof. Madya Dr. Raman Noordin, Timbalan Naib Canselor HEPA UMS, Puan Nurul Aida Mohd Nordin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik KPT, Encik Adidi Tamin selaku Setiausaha MAKUM Sesi 2022/2023, Pengarah-Pengarah Pusat Kebudayaan Universiti Awam, Encik Alan James selaku Ketua Bahagian Kebudayaan dan Kesenian UMS serta Pegawai-Pegawai MAKUM Universiti Awam.
 
MAKUM komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 
Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM)

Tarikh Input: 05/07/2022 | Kemaskini: 05/07/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbLAe~