MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI BHEP PUAN ROSIHA ABDUL RAZAK | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI BHEP PUAN ROSIHA ABDUL RAZAK

MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI BHEP PUAN ROSIHA ABDUL RAZAK

SERDANG, 1 Oktober - Ketua Seksyen Pentadbiran & Kewangan BHEP, Puan Rosiha Abdul Razak yang akan berpindah ke PTJ lain diraikan pada Majlis Apresiasi anjuran Kelab Kebajikan & Rekreasi (KKRBHEP) melaui Zoom Meeting jam 10.00 pagi ini.

 

Majlis dihadiri oleh warga BHEP, Pejabat TNC HEPA serta Bahagian Perumahan & Penempatan (BPP) UPM.

 

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor HEPA (TNC HEPA), Prof. Dr. Arifin Abdu dan Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (KBHEP), Ustaz Nuruliman Ibrahim.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan KBHEP, seterusnya ucapan penghargaan daripada TNC HEPA dan diteruskan lagi dengan ucapan daripada Puan Rosiha Abdul Razak selaku individu yang diraikan.

 

Acara majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Puan Rosiha Abdul Razak yang disampaikan oleh KBHEP. - UPM

Tarikh Input: 04/10/2021 | Kemaskini: 04/10/2021 | adidi

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEaMA1~