KURSUS INDUKSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UPM SESI 2021/2022 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » KURSUS INDUKSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UPM SESI 2021/2022

KURSUS INDUKSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UPM SESI 2021/2022

 
 
Melaka, 6 Jun 2022: Kursus Induksi MPPUPM Sesi 2021/2022 telah berlangsung pada 4-6 Jun 2022 bertempat di Bayview Hotel, Melaka yang bertujuan memberi pendedahan kepada MPPUPM yang merupakan badan penghubung serta berurusan secara langsung dengan entiti-entiti pengurusan universiti seperti Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Bahagian Kemasukan dan Tadbir Urus dan Akademik dan pengurusan fakulti dan kolej-kolej kediaman.
 
Kursus Induksi ini merupakan platform untuk menyalurkan maklumat kepada barisan MPPUPM berkenaan prosedur dan tindakan susulan dalam merangka sesebuah organisasi, program mahupun aktiviti pelajar. Melalui platform ini juga dapat memberikan pengenalan serta gambaran yang lebih jelas bagi MPPUPM untuk berurusan dengan Pusat Tanggungjawab (PTJ) berkaitan dalam pelbagai hal pengurusan rakan mahasiswa yang lain.
 
Seramai 42 orang MPPUPM hadir untuk kursus 3 hari 2 malam ini. Kursus Induksi ini turut diserikan dengan Sesi Ramah Mesra bersama-sama YH Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia. Turut hadir adalah YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta tetamu-tetamu jemputan yang lain.
 
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 
     
 

Tarikh Input: 07/06/2022 | Kemaskini: 07/06/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbGAD~