KEM PEMANTAPAN ORGANISASI 2022 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » KEM PEMANTAPAN ORGANISASI 2022

KEM PEMANTAPAN ORGANISASI 2022

 
Serdang, 28 Ogos 2022: Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM telah menganjurkan Kem Pemantapan Organisasi 2022 bertempat di Dewan Putra 2 UPM bermula 28 Ogos 2022 hingga 30 Ogos 2022. Kem ini melibatkan semua badan perwakilan pelajar termasuk Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Kolej, Persatuan Mahasiswa Fakulti serta Kelab / Persatuan UPM.
 
Kem ini bertujuan mendedahkan dengan pelbagai taklimat yang melibatkan pengurusan sistem organisasi selain mencapai hasrat pihak universiti dalam meningkatkan jati diri pelajar daripada segi fizikal dan juga mental melalui aktiviti-aktivti dalam kumpulan serta aktiviti di luar. Kem ini juga turut dimulakan dengan ucapan aluan serta hasrat dan hala tuju KPO oleh Encik Nuruliman Ibn Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.
 
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 01/09/2022 | Kemaskini: 01/09/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbCAQ~