Karnival YOKUK 20 2019 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Karnival YOKUK 20 2019

Karnival YOKUK 20 2019

Kubang Kerian,20 Julai 2019 - Seramai 9 orang sukarelawan Kolej Tun Dr Ismail,UPM telah menyertai Program Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) iaitu Karnival YOKUK 20 yang berlangsung di USM Kubang Kerian Kelantan.

 

Karnival ini merupakan program tahunan YOKUK dan pada kali ini disambut secara besar-besaran. Pelbagai aktiviti menarik telah berlansung antaranya “Wheel With Me” atau perlumbaan kerusi roda, acara sukaneka, senamrobik, cabutan bertuah, anugerah ibu/bapa mithali, acara pentas, dan 40 gerai barangan dan makanan juga telah berjaya menarik pengunjung untuk datang ke karnival YOKUK 20. Kehadiran pelajar UPM kesana telah disambut baik oleh Datin Suliana yang merupakan Pengerusi YOKUK. Karnival ini turut dihadiri oleh artis jemputan iaitu Andi Bernande dan Fara Fauzana. Karnival ini dimeriahkan lagi dengan acara kemuncak iaitu sambutan hari jadi 400 kanak-kanak yang berdaftar dibawah YOKUK bersama Cik Puan Sofie Louise Johansson, isteri kepada Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra. Keberadaan pelajar UPM sebagai sukarelawan telah melancarkan dan memeriahkan lagi Program YOKUK 20 Karnival 2019.

 

 

Berita Oleh : Haniey Humaira

Tarikh Input: 24/07/2019 | Kemaskini: 24/07/2019 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbDAA~