SERDANG, 4 April 2022– Rumah Makan Cibiuk Shah Alam sekali lagi menyumbangkan pęk agihan juadah berbuka kepada pelajar Universiti Putra Malaysia. Sumbangan menu istimewa sebanyak 200 pek telah diagihkan kepada pelajar kurang berkemampuan di Kolej Canselor dan Kolej Tun Dr. Ismail.
Prof Dr Noraini Ab Shukor, penaja Rumah Makan Cibiuk turut hadir bagi sesi penyerahan juadah berbuka kepada wakil-wakil kolej kediaman. Sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha Rumah Makan CIBIUK yang diagihkan kepada pihak-pihak yang memerlukan terutama frontliner, golongan Asnaf, komuniti miskin bandar, golongan B40 dan gelandangan.
Kepada yang berkemampuan dan berhasrat ingin menyumbang melalui program ini, sila hubungi 012-3792324 (Nor Aini) atau 017-9070543 (Sarina). Sesungguhnya bersedekah itu akan mengeratkan persaudaraan dan membina kehidupan atas perasaan dan rasa tanggungjawab kepada orang lain.
Tarikh Input: 11/04/2022 |
Kemaskini: 11/04/2022 | azhar.mahdzir
PERKONGSIAN MEDIA