[13/04/2020] Food Bank Malaysia Bantu Sumbangan Bekalan Makanan Kepada Pelajar UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » [13/04/2020] Food Bank Malaysia Bantu Sumbangan Bekalan Makanan Kepada Pelajar UPM

[13/04/2020] Food Bank Malaysia Bantu Sumbangan Bekalan Makanan Kepada Pelajar UPM

SERDANG, 13 April 2020 – Food Bank Malaysia dan rakan strategiknya di bawah Yayasan Food Bank Malaysia adalah antara penyumbang utama bekalan makanan kering kepada pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac 2020.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata sumbangan ini dapat membantu memastikan bekalan makanan pelajar mencukupi sepanjang PKP dilaksanakan. “Bantuan makanan kering seperti roti, biskut, air mineral dan minuman 3 in 1 ini diagihkan kepada pelajar dalam kampus dengan bantuan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM.

“Memandangkan pelajar tidak dibenarkan keluar dari kampus, maka insiatif daripada pihak Food Bank ini sedikit sebanyak membantu pelajar untuk mendapatkan bekalan makanan kering yang boleh disimpan dalam tempoh masa tertentu dan dimakan pada bila-bila masa, “katanya ketika melihat proses agihan makanan oleh MPP dan kakitangan UPM yang bertugas di Bilik Gerakan COVID 19 di sini. Beliau mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pihak penaja yang telah memberikan bantuan dan sumbangan sama ada bantuan dalam bentuk makanan mahupun keperluan peribadi kepada pelajar UPM sepanjang PKP.





Ditulis Oleh; 

Shamilah binti Samian
Penolong Pendaftar Kanan
Seksyen Pengurusan Kebajikan dan Tatatertib Pelajar, BHEP

Tarikh Input: 14/04/2020 | Kemaskini: 05/08/2020 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbBAy~