Dialog Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Dialog Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM)

Dialog Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM)

UPM Serdang - 38 Orang Mahasiswa Universiti Putra Malaysia yang terdiri daripada Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Universiti Putra Malaysia telah terlibat dengan jayanya dalam Bengkel Kesedaran Dialog untuk Keamanan  bersempena dengan Bulan Keamanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation) yang diadakan pada 28 September 2019 (Sabtu) di Universiti Malaya.

Penganjuran bengkel kesedaran tersebut merupakan bengkel pertama yang dianjurkan di Malaysia dan terdiri daripada inisiatif Delegasi Bersama Forum Belia ASEAN dengan kerjasama Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Universiti Malaya.

Dengan bantuan aktiviti sepanjang berlansungnya Bengkel Kesedaran Dialog untuk Keamanan antaranya Tap Game, Peacebuilding Piramid dan World Conference Game, para pengakap dapat diberi kuasa dengan kemahiran dan kecekapan yang membolehkan mereka terlibat secara aktif dalam membuat keputusan dan penyelesaian masalah masyarakat untuk pembangunan mampan di peringkat global.

Melalui dialog, para pengakap dapat belajar untuk mencari persamaan yang tidak diketahui sebelum ini, menghormati dan menghargai perbezaan diantara kepelbagaian secara semula jadi dalam kehidupan manusia seperti budaya, bahasa, etnik, agama dan sebagainya.

Selain itu, para pengakap boleh berkumpul sebagai manusia pertama untuk mencari penyelesaian yang inklusif kearah menangani cabaran yang dihadapi pada hari ini antaranya perbezaan dilihat sebagai masalah yang menyebabkan banyak manusia bertempur, pelbagai jenis keganasan yang dikaitkan dengan konflik sosial yang mana manusia membenarkan keganasan dengan memetik perbezaan budaya, agama atau etnik yang tidak dapat disamakan. Misalnya, tanggapan yang salah dan perasaan negatif satu kumpulan manusia dengan kumpulan manusia yang lain dengan mudah menjadi stereotaip yang mana mereka dapat membenarkan diskriminasi terhadap seseorang atau lebih dari seorang, yang kemudiannya akan menyebabkan berlakunya ketegangan, konflik serta keganasan.

Oleh demikian, melalui program dialog untuk keamanan ini telah menjadi platform terbaik  dikalangan para pengakap seluruh dunia untuk mengetahui bagaimana mereka boleh menggabungkan dialog ke dalam kehidupan seharian mereka.

Peserta-peserta yang menghadiri dengan jaya dalam bengkel ini secara individu telah menerima sijil berserta lencana Duta Keamanan (Mesengger of Peace) Pertubuhan Pergerakan Pengakap Dunia (World Organization of the Scout Movement) yang disampaikan oleh Tuan Rozaini bin Abdul Rahim, Pengerusi Program Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia.

Oleh Mohd Azrol Hafizi Azman 

Tarikh Input: 09/10/2019 | Kemaskini: 10/10/2019 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbIAO~