BERIADAH UNTUK BADAN CERGAS DAN MINDA CERDAS | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » BERIADAH UNTUK BADAN CERGAS DAN MINDA CERDAS

BERIADAH UNTUK BADAN CERGAS DAN MINDA CERDAS

 
30 Mac 2022, Serdang - Warga BHEP menyahut aspirasi Naib Canselor UPM dalam Memperhebat Prakarsa Kesejahteraan Kampus yang merujuk kepada membudayakan gaya hidup sihat dan cergas.
Turut serta dalam sesi berbasikal pada petang tadi ialah Encik Abdullah Arsyad, Ketua Pentadbiran, Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA dan Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
 
 
Sesi riadah hari ini merupakan aktiviti setiap petang rabu bagi minggu ketiga berturut-turut yang melibatkan laluan sekitar fakulti, kolej, bukit ekspo dan stesen MRT UPM.
Mereka turut meninjau prasarana laluan sikal dan pejalan kaki di sepanjang aktiviti berbasikal, selain berkesempatan bertegur sapa dengan para pelajar sambil mengingatkan mereka agar tidak lupa untuk mengundi pada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar esok 31 Mac 2022 (Khamis).
Aktiviti riadah berbasikal ini dijangka akan ditangguhkan sementara di sepanjang bulan ramadan dan akan diteruskan kembali selepas hari raya.
 

Tarikh Input: 01/04/2022 | Kemaskini: 01/04/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbGAZ~