BENGKEL TRAINING OF TRAINER | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » BENGKEL TRAINING OF TRAINER

BENGKEL TRAINING OF TRAINER

Oleh: Nureedayu Zapuri

SERDANG, 3 September 2025 – Seramai 30 orang fasilitator yang terdiri daripada 15 staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan 15 wakil Felo kolej Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menamatkan Bengkel Facilitator Training of Trainers (TOT) sebagai persediaan untuk Program Mahasiswa Negara peringkat universiti.

Bengkel yang berlangsung di Dewan Putra 1, Kolej Tan Sri Aishah Ghani itu dianjurkan khusus bagi menyeragamkan modul dan kaedah penyampaian agar program utama dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi impak maksimum.

Bengkel ini turut memberi fokus kepada pendedahan latihan fasilitator serta kaedah pelaksanaan terbaik bagi memastikan pengendalian program berjalan mengikut objektif yang ditetapkan. Justeru, penglibatan peserta TOT amat penting bagi menjamin kelancaran dan kejayaan penganjuran program Mahasiswa Negara UPM.

Sepanjang bengkel, peserta didedahkan kepada tiga modul utama. Modul Smart Tunnel menekankan aspek kepimpinan, komunikasi serta ketahanan pasukan dalam menghadapi cabaran. Modul Interaktif Kenegaraan pula bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran mahasiswa terhadap nilai serta prinsip Malaysia Madani. Seterusnya, modul Raja Ohsom memberi latihan amali untuk mengendalikan situasi mencabar yang mungkin berlaku sepanjang program berlangsung.

Dengan latihan berstruktur dan penglibatan fasilitator berpengalaman, BHEP UPM yakin Program Mahasiswa Negara tahun ini akan memberi impak positif. Program ini diharap dapat melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah mempunyai ciri kepimpinan, jati diri serta semangat kebangsaan yang tinggi.

Secara keseluruhannya, bengkel TOT ini menjadi bukti komitmen UPM dalam memperkasakan mahasiswa sebagai modal insan berdaya saing seiring aspirasi negara.

 

 

 

Tarikh Input: 03/09/2025 | Kemaskini: 03/09/2025 | nureedayu

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
W, (12:25:23pm-12:30:23pm, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]