BANTUAN PERANTI BUAT FIRDAUS PELAJAR UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » BANTUAN PERANTI BUAT FIRDAUS PELAJAR UPM

BANTUAN PERANTI BUAT FIRDAUS PELAJAR UPM

 
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 4 Januari 2022 - Sesi penyerahan bantuan peranti laptop telah berlangsung di Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM dan diserahkan sendiri oleh En. Shahriman bin Hashim Ketua Pentadbiran Pejabat (Timbalan Hal Ehwal Pelajar & Almuni UPM) kepada Mohamad Firdaus bin Md Amin.
" 2 semester menggunakan laptop yang hampir rosak dan semester seterusnya perlukan perisian tinggi seperti photoshop, sketch up dan juga autocad " kata seorang mahasiswa bacelor Seni Bina Landskap dengan Kepujian Mohamad Firdaus bin Md Amin pelajar tahun 2 dan merupakan golongan b40 yang memerlukan.
 
 
 
Ucapan terima kasih daripada Firdaus kepada tabung amanah zakat UPM dan juga Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM atas sumbangan yang diberikan ini.
Pesan En. Shahriman kepada Firdaus, " belajar elok-elok dan bila dah berjaya nanti berbakti semula kepada Universiti kita ".

Tarikh Input: 05/01/2022 | Kemaskini: 05/01/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXFcBAn~