AGIHAN MAKANAN BERSAHUR KEPADA PELAJAR KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » AGIHAN MAKANAN BERSAHUR KEPADA PELAJAR KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN

AGIHAN MAKANAN BERSAHUR KEPADA PELAJAR KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN

 
Serdang, 26 April 2022: Seksyen Pengurusan Kebajikan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah menyalurkan bantuan makanan bersahur kepada pelajar kolej-kolej kediaman. Bantuan ini akan disalurkan dalam 2 fasa iaitu Fasa 1 melibatkan Kolej 17 Majlis Perwakilan Kolej Tujuh Belas, Kolej 10 dan Kolej Canselor serta seterusnya Fasa 2 bagi kolej-kolej kediaman yang lain. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban pelajar selain dapat menyantuni pelajar secara terus.
 
 
 
Agihan makanan telah disampaikan oleh Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM diiringi oleh Encik Mohd Shahfuan Azizan, Pegawai Eksekutif Seksyen Pengurusan Kebajikan. Turut hadir bersama-sama mengagihkan makanan ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Jasronita Jasni (Pengetua Kolej 17), Pegawai Tadbir Kolej, Felo-Felo Kolej, Saudara Mohammad Haziq Zikri bin Zainuri (YDP MPP UPM 21/22), Saudara Ahmad Lutfi Bin Muhammad Shahrul Munir (Presiden MPK K10) dan Saudari Siti Nor Amira Binti Tumadi - (Presiden MPK KC).
BHEP UPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
25 April 2022
 

Tarikh Input: 26/04/2022 | Kemaskini: 26/04/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbAAt~