[10/06/2015] Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) Gazebo Cemerlang | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » [10/06/2015] Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) Gazebo Cemerlang

[10/06/2015] Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) Gazebo Cemerlang

Gazebo, 10 Jun (BHEP) – Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) Seksyen Kebajikan, Kemudahan dan Kesejahteraan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar bergabung dengan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT)  Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar dengan kerjasama Pejabat Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (PPKKP) Universiti Putra Malaysia telah mengadakan latihan kebakaran “firedrill’ di Seksyen Kebajikab, kemudahan dan Kesejahteraan pelajar, BHEP (Gazebo) dengan jayanya. Latihan ini dimulakan dengan membuat kepulan asap di salah sebuah bilik fail seksyen SKKKP dan system penggera keselamatan dibunyikan.

 Menurut Unit Bantu Mula UPM, pasukan ERT HEPA telah berjaya melakukan operasi pengungsian bangunan dan menyelamat mangsa dalam masa satu minit, iaitu kurang lima minit yang telah ditetapkan oleh PPKKP UPM setelah penggera kecemasan diaktifkan. Kereta bomba Unit Bantu Mula dan ambulan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) turut digunakan dalam operasi ini bagi memberi pengalaman sebenar kepada peserta latihan kebakaran yang terdiri daripada staf dan pelajar ITA.

Selepas latihan dijalankan, para peserta diberi sedikit taklimat oleh Komander Insiden ERT, En. Saheh Said berkenaan dengan pentingnya latihan kebakaran seperti ini bagi tujuan mengetahui dan mempelajari langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku kejadian kebakaran sebenar. Di penghujung program, pihak Unit Bantu Mula UPM telah memuji kehadiran peserta yang menggalakkan bagi latihan ini. Tahniah kepada pasukan ERT HEPA (GAZEBO) dan peserta yang terlibat!


Tarikh Input: | Kemaskini: | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1575795056