Penghargaan Khas Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi diberi kepada mahasiswa IPT yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa secara berpasukan. Penerima penghargaan khas Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi hendaklah memenangi sama ada tempat pertama, kedua atau ketiga dalam semua bidang KECUALI bidang sukan yang telah memberi impak yang tinggi dan berterusan sepanjang pengajian. Penghargaan khas KSU tidak dipertandingkan dalam Anugerah Tokoh Siswa.
ANUGERAH PENGHARGAAN KHAS KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI
Penghargaan Khas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi diberi kepada mahasiswa IPT yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa secara individu. Penerima penghargaan khas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT) hendaklah memenangi sama ada tempat pertama, kedua atau ketiga dalam semua bidang KECUALI bidang sukan yang telah memberi impak yang tinggi dan berterusan sepanjang pengajian. Penghargaan khas KPPT tidak dipertandingkan dalam Anugerah Tokoh Siswa.
Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi