Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia (UPM), terletak di Bangunan Canselori Putra, UPM. BHEP merupakan salah satu entiti di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Bahagian yang bertanggungjawab dalam mengurus hal ehwal pelajar, menyelia urusan pentadbiran dan kewangan, perancangan dan pelaksanaan aktiviti pelajar, tatatertib, kebudayaan, bantuan kewangan, perkhidmatan kenderaan dan kebajikan pelajar.