Program Benchmarking University: Hello UMPSA! | Student Affairs Division
» NEWS » Program Benchmarking University: Hello UMPSA!

Program Benchmarking University: Hello UMPSA!

 
19 - 21 April 2024 l UMP - Telah berlangsung program Benchmarking University: Hello UMPSA! di Universiti Malaysia Pahang Kampus Gambang yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) UMPSA dengan kerjasama Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 1 (PEKA 1) yang telah disertai oleh sembilan (9).
 
Universiti Awam Malaysia (USM, UPM, UIA, UMPSA, USIM, USM, UUM, UTEM dan UNIMAP).
Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menghantar 4 orang wakil iaitu Saudari Sarah Adila binti Mohd Fauzai @ Mohd Fauzi dan Saudari Nurzatil Syahirah binti Khairu Azahar dari Majlis Perwakilan Pelajar, manakala Saudara Muhammad Firdaus bin Zulkifli dan Saudara Mohammad Hafiz bin Mohammad Fauzi dari Majlis Perwakilan Kolej.
 
UPM telah berjaya membawa pulang empat (4) anugerah iaitu Speaker Terbaik bagi Slot RTD Pembangunan Kepimpinan dalam Komuniti Kampus, Pembentang Terbaik Modul (Program Berimpak Tinggi), Busana Terbaik (Malam Apresiasi), dan Anugerah Delegasi IPTA Terbaik.
 
 
 

Date of Input: 24/04/2024 | Updated: 24/04/2024 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXFGGAK~