WAKIL KOLEJ KEDIAMAN UPM BAWA SUARA RESIDEN KE PERINGKAT ANTARABANGSA | Student Affairs Division
» NEWS » WAKIL KOLEJ KEDIAMAN UPM BAWA SUARA RESIDEN KE PERINGKAT ANTARABANGSA

WAKIL KOLEJ KEDIAMAN UPM BAWA SUARA RESIDEN KE PERINGKAT ANTARABANGSA

 
Seramai Empat (4) orang wakil Majlis Perwakilan Kolej Kediaman Universiti Putra Malaysia (MPK UPM) telah menghadiri Persidangan Majlis Pewakilan Kolej Kediaman Peringkat Antarabangsa 2023 di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu (UniSZA) bermula dari 8 hingga 9 Disember 2023. Persidangan ini melibatkan 16 universiti awam dan seramai 64 orang perwakilan kolej telah hadir. Objektif utama persidangan antarabangsa ini dijalankan adalah sebagai satu platform utama kepada semua Majlis Perwakilan Kolej Kediaman Pelajar untuk berkongsi pandangan dan idea bagi penyelarasan aktiviti tahunan berimpak tinggi.
 
Saudara Ahmad Syahrir Haqqimi bin Ismail dari Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee yang membawa usul dari tema Keusahawanan, Saudara Muhammad Rusydan bin Zahariman dari Kolej Tan Sri Aishah Ghani dengan membawa usul Kepimpinan dan Kerohanian, Saudari Puteri Iffah Sofea binti Abdul Razak dari Kolej Dua Belas dengan usul dari tema Kesukanan dan Saudari Erra Zairani Nabilla binti Mohd Zaid, dari Kolej Pendeta Za’ba dengan membawa usul Kesukarelawanan. Mereka merupakan barisan Timbalan Presiden di setiap Kolej Kediaman masing-masing.
 
Dua (2) usul utama iaitu usul Kesukarelawanan bertajuk HIH: 7 Mission Hand in Hand Project dan Keusahawanan iaitu National Entrepreneur College Resident telah dipersetujui dan diterima majoriti â…” daripada jumlah ahli sidang bagi sesi persidangan kali pertama. Bagi sesi seterusnya usul tema Kesukarelawanan daripada Saudari Erra Zairani Nabilla (HIH: 7 Mission Hand in Hand Project) telah dipilih diantara 3 usul untuk disenaraikan sebagai usul yang akan diangkat ke pihak Majlis Perumahan Universiti Malaysia.
 
Persidangan ini telah diakhiri dengan majlis penutupan yg dihadiri Pengerusi Majlis Perumahan Universiti Awam dan berakhir dengan penyerahan tuan rumah persidangan bagi sesi 2024 kepada Universiti Utara Malaysia.
 
Syabas diucapkan kepada wakil kolej kediaman UPM!

Date of Input: 19/12/2023 | Updated: 19/12/2023 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcAA3~