SUMBANGAN KEPADA BARISAN FELO UNTUK PELAJAR UPM | Student Affairs Division
» NEWS » SUMBANGAN KEPADA BARISAN FELO UNTUK PELAJAR UPM

SUMBANGAN KEPADA BARISAN FELO UNTUK PELAJAR UPM

Serdang, 26 Ogos – Felo kolej kediaman memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga kebajikan pelajar terutama di blok masing-masing, selain berfungsi sebagai perantara dengan pihak pengurusan Kolej Kediaman.
 
 
 
 
Sumbangan barisan felo amatlah besar dalam membantu pihak Kolej dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar berkaitan pembangunan akademik, sahsiah, isu-isu keselamatan, kesihatan, kebajikan dan disiplin pelajar.
 
 
 
 
Justeru demikian, peranan dan sumbangan mereka perlu dihargai sama ada dalam kalangan felo staf mahu pun felo pelajar yang banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit membantu universiti bagi memastikan kesejahteraan para pelajar, khususnya sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini.
 
 
 
 
Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. Nuruliman Ibn Ibrahim bersama Dr. Abdul Hadisamsi Hadi hari ini telah mewakili YBhg. UPM Deputy Vice Chancellor - Student Affairs & Alumni menyampaikan 29 set sumbangan barangan termasuk makanan, minuman dan barangan kebersihan diri kepada semua felo pelajar sebagai tanda penghargaan atas jasa bakti mereka.
 
 
 
 
Semoga para felo terus bersemangat dan komited memimpin pelajar ke arah pencapaian cemerlang dalam akademik dan sahsiah selaras dengan matlamat universiti.

Date of Input: 27/08/2021 | Updated: 27/08/2021 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
W1UJRJAO:09:00