Program Kongsi Nikmat Agrobank Bersama MStar Agih Sumbangan Berbuka Kepada Pelajar UP | Student Affairs Division
» NEWS » Program Kongsi Nikmat Agrobank Bersama mStar agih sumbangan berbuka kepada pelajar UP

Program Kongsi Nikmat Agrobank Bersama mStar agih sumbangan berbuka kepada pelajar UP

 
Serdang, 12 April - Program Kongsi Nikmat Agrobank bersama mStar 2022 telah dirasmikan di Kolej Tun Dr Ismail petang tadi.
Program antara Agrobank dan MSTAR yang masuk kali kedua di UPM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia (UPM) bertujuan untuk menyampaikan sumbangan pihak korporat sebagai berkongsi nikmat dan rezeki kepada komuniti pelajar jurusan pertanian di UPM.
 
Edaran 200 pek makanan untuk berbuka puasa kepada pelajar-pelajar Fakulti Pertanian UPM terutamanya dari kelompok B40 telah dibuat di Dewan Kolej 12 dan 14. Terdahulu, edaran sumbangan dibuat secara simbolik di KTDI dengan dihadiri oleh Pengetua KTDI, Prof Dr Aminuddin Hassan.
 
 
 
Sumbangan edaran diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, General Manager, Client Brand Marketing Star Media Group, Pn. Juniza Yasmin Huuein dan mSTAR Chief News Editor, En. Nizam Abdullah.
UPM diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Arifin Abdu, dan disertai oleh Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman, Prof Madya Dr Amini Amir Abdullah, Ketua Pentadbiran, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, En. Abdullah Arshad dan Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En Nuruliman Ibrahim.
Kemeriahan edaran juadah makanan oleh semua staf Agrobank, mSTAR, BHEP, dan ahli jawatankuasa Permatani disumbangkan merangkumi pelajar UPM pelbagai bangsa dan telah mendapat sambutan pelajar kolej.
Presiden PERMATANI, Norharriz Reseli turut hadir.
Berita oleh HEPA
 

Date of Input: 21/04/2022 | Updated: 21/04/2022 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEbWAp~