PENGHANTARAN PULANG PELAJAR | Student Affairs Division
» NEWS » PENGHANTARAN PULANG PELAJAR

PENGHANTARAN PULANG PELAJAR

Serdang 9 Mei 2021 - Penghantaran pulang pelajar UPM sempena cuti pertengahan semester Hari Raya Aidilfitri. Setelah diberi kebenaran oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi, pergerakan pulang dibenarkan bermula 7-12 Mei 2021 dengan menggunakan 3 kaedah iaitu Pergerakan dengan menggunakan kenderaan yang diselaraskan oleh universiti masing-masing, balik dengan menggunakan kenderaan sendiri dan balik dijemput oleh pihak penjaga / ibubapa.
 
Berikut merupakan fakta nombor bilangan pelajar yang pulang mengikut 3 kaedah yang dibenarkan sepanjang 7-9 Mei yang lalu.
 
 
 
Pihak BHEP ingin mengucapkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang banyak membantu dalam menguruskan pergerakan pulang pelajar ini. Antaranya pihak PKU, BKU, PKKSSAAS, Seluruh Entiti HEPA, OSH, PSPK (UPMTV), Kolej Kediaman, MPP, MPK, Pihak Penaja dan semua yang menyumbang bakti secara langsung mahupun tidak langsung.
 
Pihak UPM mendoakan agar semua pelajar gembira di samping menjaga SOP sepanjang bercuti dan semoga perayaan Aidilfitri membawa seribu makna dan kebahagian buat semua.
 
Selamat pulang ke kampus pada 17-19 Mei ini.

Date of Input: 12/05/2021 | Updated: 12/05/2021 | adidi

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
BVMQRBZ:17:01