Pelupusan Wall Climbing, Stor Basikal Dan Tangki Air | Student Affairs Division
» NEWS » Pelupusan Wall Climbing, Stor Basikal Dan Tangki Air

Pelupusan Wall Climbing, Stor Basikal Dan Tangki Air

8 Oktober 2020, UPM Serdang – Jawatankuasa Pemeriksa Pelupusan Aset terdiri dari wakil Pejabat Bursar, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah mengadakan lawatan tapak bagi proses pelupusaan aset Wall Climbing, Stor Basikal di sekitar Padang Kawad dan Tangki Air di Kompleks Mahasiswa.

 

Hasil pemeriksaan dan penelitian, semua ahli Jawatankuasa yang terlibat telah bersetuju meluluskan permohonan aset tersebut setelah mengambilkira kemudahan sedia ada ini tidak lagi selamat digunakan, tidak ekonomik untuk dibaiki dan kos penyelanggaraan terlalu tinggi.

Pelupusan aset tersebut dilaksanakan adalah bertujuan untuk memastikan BHEP sentiasa tidak menyimpan Aset yang tidak boleh digunakan atau tidak diperlukan serta menjimatkan ruang agar ianya boleh digunakan bagi tujuan lain.

 

Tindakan proaktif dan progresif ini juga adalah satu langkah yang dapat membantu matlamat bagi sesebuah universiti memberikan infrstruktur yang lebih terjamin dan selamat di masa akan datang seiring dengan kemajuan negara Malaysia yang bertepatan dengan slogan kemerdekaan tahun 2020 iaitu ‘Malaysia Prihatin’.

Disediakan oleh:

Encik Mohd Razali Osman
Puan Azriza Azizan

Date of Input: 27/10/2020 | Updated: 27/10/2020 | mshahrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
W1VMDSE0:18:04