Pasukan Debat Universiti Putra Malaysia (UPM) Berjaya Merangkul Tempat Ketiga Pertandingan Debat Terbuka Astar 2023 | Student Affairs Division
» NEWS » Pasukan debat Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya merangkul tempat ketiga Pertandingan Debat Terbuka Astar 2023

Pasukan debat Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya merangkul tempat ketiga Pertandingan Debat Terbuka Astar 2023

 
25 Jun 2023- Pasukan debat Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya merangkul tempat ketiga Pertandingan Debat Terbuka Astar 2023 dalam kategori utama baru-baru ini. Mereka bersaing bersama 36 pasukan pendebat dari Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara menerusi pertandingan yang berlangsung sejak 17 Jun secara atas talian sehingga 24 Jun yang lepas secara fizikal di Universiti Malaya (UM).
 
UPM yang dibarisi oleh tiga pendebat iaitu Muhammad Hakim Nor Zamani, Bacelor Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Nur Anis Hadirah Ahmad Kamal, Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Pendidikan dan Muhammad Khabir Mohhar, Doktor Perubatan Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar pulang dengan hadiah piala, wang tunai RM500 dan sijil pencapaian.

Date of Input: 03/07/2023 | Updated: 03/07/2023 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcSAo~