MAJLIS SAMBUTAN RUMAH TERBUKA YB MENTERI PENGAJIAN TINGGI | Student Affairs Division
» NEWS » MAJLIS SAMBUTAN RUMAH TERBUKA YB MENTERI PENGAJIAN TINGGI

MAJLIS SAMBUTAN RUMAH TERBUKA YB MENTERI PENGAJIAN TINGGI

 
Parit Sulong, 14 Mei 2022: Seramai 20 orang pelajar terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan 4 orang pegawai BHEP hadir memeriahkan jemputan Majlis Rumah Terbuka YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Parit Sulong di sini hari ini. Program yang berlangsung bermula jam 11.00 pagi ini turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Johor.
YAB Menteri Besar Johor dan YBM KPT turut beramah mesra bersama-sama pelajar UPM. Pelbagai juadah dan persembahan disediakan bagi memeriahkan lagi majlis ini.
 
 
BHEP menzahirkan rasa gembira atas jemputan YBM KPT ke majlis ini dan sentiasa memberi sokongan bagi membolehkan wakil-wakil pelajar beramah mesra dengan lebih dekat bersama-sama YBM. Bersama-sama rombongan pelajar juga ialah YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM. BHEP turut menzahirkan rasa terharu kepada YBhg. Prof. TNCHEPA yang sentiasa memberi sokongan terhadap aktiviti-aktiviti pelajar serta keakraban YBhg. Prof. TNCHEPA bersama-sama pelajar. Turut hadir adalah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Ketua Pengarah Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, Naib-Naib Canselor UA, TNC HEPA UA, MPP UA, serta komuniti setempat di Parit Sulong.
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 

Date of Input: 18/05/2022 | Updated: 18/05/2022 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcEAq~