MAJLIS PERASMIAN PROJEK BIASISWA TAMANNI 22/23 | Student Affairs Division
» NEWS » MAJLIS PERASMIAN PROJEK BIASISWA TAMANNI 22/23

MAJLIS PERASMIAN PROJEK BIASISWA TAMANNI 22/23

 
4 Nov 2022, UPM - Majlis Perasmian Biasiswa Tamanni telah di adakan bertempat di Dewan Taklimat Serdang pada malam jumaat lalu. Seramai 14 penerima biasiswa menerima manfaat hasil dari tajaan Yayasan Buruj yang dibawakan oleh Kelab Belia Harmoni UPM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.
 
En Nuruliman Ibrahim selaku Ketua Bahagian mewakili pihak BHEP UPM dan TNC HEPA, menzahirkan ucapan penghargaan kepada pihak penaja iaitu Puan Hjh Maziyah Hj Hassan dan iniasitif yang dibawakan oleh Kelab Harmoni UPM.
 
Turut hadir ke majlis perasmian tersebut adalah saudari Siti Aina Amirah, Presiden Kelab Harmoni UPM dan En Firdaus Baharuddin, Ketua Seksyen Pengurusan Kebajikan BHEP UPM serta seluruh Seksyen Pengurusan Kebajikan BHEP UPM.
 
Semoga para penerima dapat memanfaatkan biasiswa yang telah diberikan demi kelangsungan pengajian di UPM ini.
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 09/11/2022 | Updated: 09/11/2022 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcDAQ~