MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN PROGRAM PEMBANGUNAN SISWA SULUNG 2.0 | Student Affairs Division
» NEWS » MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN PROGRAM PEMBANGUNAN SISWA SULUNG 2.0

MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN PROGRAM PEMBANGUNAN SISWA SULUNG 2.0

 
UPM, 17 Januari 2024 - Dewan Kolej Pendeta Za'ba, Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi saksi kepada 332 pelajar yang hadir di Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Pembangunan Siswa Sulung 2.0. Program Pembangunan Siswa Sulung 2.0 ini bertujuan menyediakan pembiayaan pendidikan kepada generasi pertama keluarga B40 yang meneruskan pengajian di universiti awam.
 
Surat tawaran tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Beliau menyampaikan surat tawaran kepada setiap penerima dengan penuh harapan agar bantuan ini dapat meringankan beban kewangan pelajar bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
 
Para penerima juga turut diberi penerangan mengenai manfaat Program Pembangunan Siswa Sulung 2.0 yang disampaikan oleh Penyelaras Program Sulung UPM, Encik Abdullah Arshad, Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Turut hadir pada majlis tersebut adalah penerima SULUNG 1.0, barisan Pengetua, Ketua-ketua Entiti HEPA, Pembimbing Sulung dan Wakil Bahagian Akademik UPM.
 
Program ini tidak hanya mencerminkan komitmen UPM terhadap pendidikan inklusif, tetapi juga sebagai usaha nyata untuk membuka peluang pembangunan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Semoga program ini dapat memberi kesan positif yang berkekalan kepada 489 penerima program sulung yang akan membawa mereka ke arah kecemerlangan akademik dan pembangunan peribadi.
 

Date of Input: 02/02/2024 | Updated: 02/02/2024 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcCAe~