KKRBHEP Menganjurkan Majlis Ramah Mesra Dan Doa Kesejahteraan | Student Affairs Division
» NEWS » KKRBHEP menganjurkan Majlis Ramah Mesra dan Doa Kesejahteraan

KKRBHEP menganjurkan Majlis Ramah Mesra dan Doa Kesejahteraan

 
KKRBHEP menganjurkan Majlis Ramah Mesra dan Doa Kesejahteraan
 
5 Jan 2024 - Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) BHEP telah mengadakan Majis Ramah Mesra dan Doa Kesejahteraan bersama staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pejabat TNC(HEPA) bertempat di Ruang Legar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar jam 10.00 pagi. Majlis dimulakan dengan sesi ramah mesra bersama Ketua BHEP yang baharu iaitu Puan Noraihan Noordin yang menggantikan Ketua BHEP lama Encik Nuruliman Ibrahim bermula 2 Januari 2024. Selain itu, majlis juga diselitkan dengan AGM Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) BHEP dengan pembentangan laporan daripada KKRBHEP sesi 2021/2023 sekaligus secara rasmi melantik ahli KKR sesi 2024/2025.
 
Turut memeriahkan majlis adalah sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Encik Nuruliman Ibrahim, Mantan Ketua BHEP yang berpindah ke Pusat Islam Universiti, UPM dan Encik Firdaus Baharuddin, Mantan Ketua Seksyen Tatatertib Pelajar BHEP yang telah berpindah ke Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Melaka.
 
Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama kepada yang diraikan Encik Nuruliman, Encik Firdaus, barisan KKRBHEP sesi 2021/2023, dan tidak lupa ucapan tahniah kepada barisan KKRBHEP yang baru dilantik.
 

Date of Input: 09/01/2024 | Updated: 09/01/2024 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcAAV~