KEM PEMBANGUNAN DAN PEMANTAPAN KEPIMPINAN PELAJAR OKU UPM 2024 | Student Affairs Division
» NEWS » KEM PEMBANGUNAN DAN PEMANTAPAN KEPIMPINAN PELAJAR OKU UPM 2024

KEM PEMBANGUNAN DAN PEMANTAPAN KEPIMPINAN PELAJAR OKU UPM 2024

 
19 Februari 2024 l Nilai 
 
Seramai 21 orang Pelajar OKU menyertai Kem Pembangunan dan Pemantapan Kepimpinan Pelajar OKU UPM 2024 anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang berlangsung dari 16 hingga 18 Februari 2024 baru-baru ini dengan pengisian modul yang menarik oleh pensyarah-pensyarah Fakulti Ekologi Manusia yang turut menyertai kem berkenaan sebagai fasilitator.

Kem tersebut buat julung kalinya diadakan kepada pelajar-pelajar OKU UPM dengan tujuan menyahut seruan kerajaan untuk membangun OKU Madani serta membina sifat keyakinan, amanah dan bertanggungjawab dalam kalangan pelajar OKU selari dengan teras Malaysia Madani yang kelima.

Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz, Ahli Lembaga Pengarah UPM berkata dalam ucapan perasmiannya pada 17 Februari yang lepas, bahawa kem berkenaan adalah satu langkah yang baik dalam memperkasa Kampus Inklusif OKU seterusnya berharap lebih banyak program seumpama ini dilaksanakan bagi menyokong matlamat Malaysia Madani dengan menyediakan Pelajar dengan ilmu yang membantu mereka memimpin negara pada masa akan datang selain turut menggalakkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai Keputusan yang baik di dalam akademik.

Turut hadir Profesor Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bersama wakil Pengerusi Jemaah Pengetua kolej kediaman, Prof. Madya. Ir. Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor bersama-sama melihat aktiviti yang dijalankan pelajar semasa hari kedua kem berkenaan dijalankan.

Saudara Pang Khong You, presiden Persatuan Mahasiswa OKU UPM berkata modul yang diadakan amat menyeronokkan serta mempunyai mesej pembelajaran yang berguna. Beliau turut berharap agar satu program mobiliti antarabangsa dapat dibuat dalam masa terdekat bagi menyokong misi True North melalui agenda Kesohoran di Peringkat Global atau Global Prominence yang diumumkan oleh Naib Canselor, YBhg. Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah semasa perutusan 100 hari Naib Canselor UPM pada 7 Februari 2024 baru-baru ini.

Kem berkenaan berakhir semalam dengan meninggalkan kenangan manis buat peserta-peserta program selain memuji program berkenaan dapat menyatukan mereka.

Semoga lebih banyak program atau modul yang bersesuaian serta mantap dapat dibuat untuk penganjuran di masa akan dating untuk menyediakan mereka dengan ilmu kepimpinan dan nilai insan sebagai persediaan masa hadapan. insan sebagai persediaan masa hadapan.
 
 

Date of Input: 20/02/2024 | Updated: 20/02/2024 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcDAU~