GENG LEMANG BESTARI GABUNG TENAGA BERSAMA SAHABAT MASJID DAN BHEP AGIH BANTUAN KEPADA WARGA UPM | Student Affairs Division
» NEWS » GENG LEMANG BESTARI GABUNG TENAGA BERSAMA SAHABAT MASJID DAN BHEP AGIH BANTUAN KEPADA WARGA UPM

GENG LEMANG BESTARI GABUNG TENAGA BERSAMA SAHABAT MASJID DAN BHEP AGIH BANTUAN KEPADA WARGA UPM

 
Serdang, 22 Ogos 2021 - Tahniah dan terima kasih kepada Geng Lemang Bestari (GLB) yang diketuai En. Zuhaimi Abdul Rahim dan En. Bukryman Sabri, Penasihat Kelab Al-Huda UPM atas kejayaan pelaksanaan misi agihan bantuan di sekitar Serdang pagi tadi bersama En. Nuruliman Ibn Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.
 
 
Zuhaimi yang juga merupakan Presiden Persatuan Pentadbir UPM berkata, misi yang dilakukan pada kali ini merupakan suatu kesinambungan usaha berterusan yang telah dilakukan oleh Geng Lemang Bestari sebelum ini menerusi bantuan yang diedarkan secara berkala kepada penduduk sekitar Taman Desa Bestari Sepang dan sekitarnya.
 
Menurut beliau lagi, ini bagi memastikan setiap sumbangan orang ramai yang diberikan kepada pihak GLB dapat diagihkan kepada golongan yang memerlukan dengan sebaik mungkin terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid-19.
 
Felo Bersekutu (Perhubungan dan Kebajikan), Pejabat Naib Canselor UPM, En. Bukryman Sabri pula berkata, misi agihan ini melibatkan 20 buah rumah dan 14 orang sukarelawan yang dipecahkan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan bagi agihan untuk 10 buah rumah pelajar luar kampus oleh BHEP dan Kelab Al-Huda UPM, manakala satu kumpulan lagi bagi agihan untuk 10 buah rumah staf serta pesara UPM oleh GLB dan Sahabat Masjid UPM. Semua aktiviti agihan dilaksanakan dengan pematuhan SOP" tambah beliau yang juga merupakan Pengerusi Sahabat Masjid UPM.
 
Pelaksanaan misi agihan tersebut bermula jam 9.30 pagi dan selesai sekitar jam 12.45 tengahari.
Nuruliman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan ribuan terima kasih atas keprihatinan semua yang terlibat khususnya seluruh penyumbang dan para sukarelawan.
 
 
Misi agihan bantuan ini merupakan usaha yang sangat mulia selaras dengan inisiatif #PutraCakna demi memastikan kebajikan warga UPM yang terkesan disebabkan oleh pandemik Covid-19.
 
Mudah-mudahan Allah SWT Menganugerahkan sebaik-baik ganjaran kepada semua, di dunia ini dan di akhirat nanti. Semoga bantuan yang disalurkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh pandemik Covid-19.
 

Date of Input: 24/08/2021 | Updated: 24/08/2021 | adidi

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEaLAU~