FASA 2: AGIHAN MAKANAN BERSAHUR KEPADA PELAJAR KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN | Student Affairs Division
» NEWS » FASA 2: AGIHAN MAKANAN BERSAHUR KEPADA PELAJAR KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN

FASA 2: AGIHAN MAKANAN BERSAHUR KEPADA PELAJAR KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN

 
Serdang, 27 April 2022: Seksyen Pengurusan Kebajikan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah menyalurkan bantuan makanan bersahur kepada pelajar kolej-kolej kediaman. Bantuan Fasa 2 ini melibatkan Kolej Pendeta Za'ba, UPM, K12 dan K14. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban pelajar selain dapat menyantuni pelajar secara terus.
 
Agihan makanan telah disampaikan oleh YH Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM diiringi oleh Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. Naib Canselor UPM turut meluangkan masa mengedarkan moreh serta menyantuni pelajar UPM di sekitar Putra Food Court Kolej Pendeta Za’ba dan Kolej Serumpun.
 
Turut hadir bersama-sama mengagihkan makanan ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPM, Prof.Dr. Ismi Arif Ismail, Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman UPM, Pegawai BHEP, Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Kolej.
BHEP UPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
 
27 April 2022

Date of Input: 09/05/2022 | Updated: 09/05/2022 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcIAN~